Saturday, 8 December 2012

MAJLIS HARI LAHIR & PERPISAHAN AKHIR TAHUN

TARIKH   :   1 NOVEMBER 2012
TEMPAT  :   DEWAN SK CENDERAWASIH

Program ini adalah untuk memberikan pendedahan, pengetahuan dan peluang kepada murid mempertingkatkan mobiliti di samping mendedahkan mereka kepada pengalaman bersosial. Program seumpama ini sangat penting untuk murid berkeperluan khas bagi mendekatkan diri dengan dunia luar disamping merangsang perkembangan kognitif seiring dengan perkembangan fizikal. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kerjasama dikalangan murid dan guru. 
Selain itu, mereka juga dilatih untuk berdikari menghadapi dugaan dan cabaran dengan penuh keyakinan seterusnya menjadi insan berketrampilan dan berguna kepada masyarakat dan negara. 

Objektif :

  • Murid dapat memupuk semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan murid. 
  • Mengeratkan hubungan di kalangan murid dan ibu bapa serta guru. 
  • Memperoleh pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan jamuan hari lahir dan perpisahan. 
  • Melahirkan murid PIPK yang bermotivasi dari segi emosi, rohani dan jasmani. 
  • Memperluaskan sosialisasi kanak-kanak istimewa. 
  • Mendedahkan murid kepada pergaulan dalam masyarakat iaitu cara untuk berinteraksi dengan orang lain samada secara formal atau tidak formal. 

Click to play this Smilebox slideshow

No comments:

Post a Comment