TARIKH : 21 JUN 2012
TEMPAT : ASTAKA & PADANG SKC
Program ini diadakan untuk meraikan Hari Ibu pada bulan Mei dan Hari Bapa pada bulan Jun. Program ini juga bertujuan untuk menyambut Hari Lahir murid bersama ibu bapa dan guru di sekolah. Ianya dapat menyedarkan murid-murid Pendidikan Khas bahawa mereka juga mesti menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka.
Objektif :
- Murid dapat menghargai betapa pentingnya ibu bapa.
- Murid dapat melahirkan rasa sayang kepada ibu bapa.
- Murid dapat menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa bersama-sama.
- Murid dapat menyambut Hari Jadi mereka bersama ibu bapa dan guru.
- Murid dapat menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment